Wednesday, May 2, 2012

pagi

tekun memilih.


"Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya Rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku."

........................................................................................................

Pisat pisat mata.

Syasya sedang sibuk menghadap laptop aku sambil menggodek-hodek isinya. Tak tahu lah dia buat apa.

Semalam, ak pergi ke rumah fairuz sebab katanya dia nak masakkan banofee untuk kitorang. Mula-mula, ak refuse sebab ada kerja yang hendak dilakukan pada pagi tu. Takut mengelabah pulak sebab kelas mula pukul 9 pagi. Then, bila kerja dah siap, tengok jam pukul 8.45. Gelabah nak siap-siap pergi kelas.

Selepas beberapa ketika, ketuk dahi kejap. Hari ni mana ada kelas practical biochem! Huuu..habis peluang aku nak makan banofee.

Check balik, kelas seterusnya bermula pukul 11. Ok, baca buku mana yang patut. Masa dirasakan berjalan dengan sangat lambat.

Pukul 10.30 pagi, sekali lagi terus gelabah nak bersiap-siap ke kelas.

Tiba-tiba senior satu rumah, kak Atim masuk. Dia baru pulang dari tuisyen. Dengan muka kehairanan, dia tanya,

"Nak pergi mana?"

"Nak pergi kelas. Kelas hari ni mula pukul 11." sambil tersenyum aku menjawab.

"Eh? Ada kelas ke?"

"Ek?" Aku dah rasa lain macam. Tengok jam dekat laptop tadi, dan baru teringat.

.........................
..........................
.........................

Hari ni 1 Mei! Huaaaaaaaaaaa....!!

............................................................................


"Hehe, kalau awak pergi sekolah pun, takda orang. Semua tutup." sambung kak Atim.


Tsk. T^T. Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja. Tanpa orang yang bekerja, tiadalah negara. [Walaupun dah lepas] 


.......................................................................................

"Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku"

"Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu"


NB: Atas sekali tu gambar pasar sayur yang kami selalu pergi. Saya dah pandai beli sayur, tau! (ditujukan kepada kawan-kawan kat tanah air jeee. Yang kat mesir jangan sibuk!)




2 comments:

Syahira. said...

haha. eh HIHI. punya laa lama menulis, at last? hoho. silalah delete nama i di atas tuuu. takde kene mengena ngan gambar dan isi entri anda. sekiannn. :D

harumaki said...

haha..awak yang tulih..kui3