Tuesday, May 1, 2012

sfera gembira

"Sejak bila ikut usrah?"

"Emm, lepas SPM rasanya, yang betul-betul punya."

senior tahun3 sedang mengambil gambar


Assalamualaikum.

Tersenyum sorang-sorang bila teringat soalan yang dikemukakan oleh seorang kakak kepada kitorang masa daurah di Anfaal hari tu.

Sejarah usrah, rasanya masing-masing pasti mempunyai kisah tersendiri tentang bagaimana dia boleh 'ter'-jebak dalam kancah keusrahan. Haha. Tak kisah la, kepada yang memang dah biasa berusrah dari sekolah atau tidak. 

Usrah itu sangat spesial, tahu. Kenapa? Sebab ia adalah taman kita menyemai benih cinta kepada Ilahi bersama rakan-rakan dalam cara yang paling OSEM! Kita bersama rakan-rakan saling menyokong dan mendokong untuk berubah ke arah kebaikan; saling memperingatkan; saling mendengar dan memahami antara satu sama lain.

Mungkin sebab ini first time saya rasa sangat best, jadi saya akan teruja gila bila tiap kali hari itu datang.

Kita sama-sama duduk, dengan makanan yang sedap-sedap dihidangkan oleh akak naqibah, dan masing-masing mula membicarakan tentang Allah. Bermuhasabah dan beri tips untuk menjadi individu muslim yang diidamkan oleh umat. Kadang-kadang kami berkongsi masalah, bergelak dan bertaaruf bersama.

Haaaaa..bestnya!


bunga musim soifi


Apa itu usrah, tarbiyyah, dan dakwah?

Pernah tak bertanya kepada diri sendiri, kenapa kita berusrah? Untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik? Untuk mengambil sebanyak mungkin ilmu tentang Islam dalam perbincangan usrah? Untuk mengisi masa lapang korang?

Sila listkan jawapan anda. Dalam hati pun boleh :)

Usrah, literally means 'keluarga', adalah satu terma idea yang dicetuskan oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna (di sini, kami gelar beliau sebagai pakcik Hassan :p) dalam usaha beliau untuk meng-instill semula kefahaman Islam dalam generasi umat selepas kejatuhan khalifah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924.

Mari kita teliti biodata beliau secara simple.

Beliau lahir pada tahun 1906; berasal dari Mahmudiyah (Barat Laut Kaherah.) Merupakan graduan Darul Ulum, Universiti Kaherah pada tahun 1927 dan menubuhkan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1928.
Seorang tokoh yang sangat-sangat jiddiyah dan bersemangat dalam memperbaiki semula ummat Islam yang mengalami keruntuhan akhlak selepas kejatuhan khalifah Islamiyyah. 

Umur beliau semasa menubuhkan Ikhwan hanyalah 22 tahun.
Dan beliau meninggal dunia syahid ditembak, semasa beliau berumur 43 tahun.

Muda, bukan? Tapi namanya masih disebut-sebut hingga sekarang. 

Kata akak tersebut, pakcik Hassan mengasaskan usrah untuk mengembalikan khilafah Islamiyah, seterusnya untuk mencapai Ustaziyatul Alam (UA). Dengan cara apa? Bermula dengan membina individu muslim. (rujuk kepada 7 maratib amal). Individu muslim adalah umpama bata asas. Cantik asas bermakna cantiklah yang lain.

Dan setelah lama berusrah, anda perlu sedar, yang pengusrahan anda itu bukan hanya untuk diri anda sahaja. Ia adalah untuk ummah!

Kini, bermula tugas anda untuk meneruskan perjuangan murabbi anda dalam menyebarkan dakwah; memberi orang lain kefahaman Islam sebagai mana anda memahami Islam itu sendiri.

Syahadatul Haq! 

bunga lagi. (ingat jordan je ke yang banyak bunga, nisah?..Haha)


Bersama usrah, kita jalankan tarbiyyah dan dakwah. Kita diajak oleh murabbi untuk ke arah Allah, dan kemudian, kita pula yang mengajak orang lain supaya dia juga mengajak orang lain ke arah Allah. Itulah dia dakwah.

"mengajak orang lain supaya dia juga mengajak orang lain ke arah Allah."


Dan, kenapa nak dakwah kena ada usrah? 

Eh, salah soalan.

Boleh ke kita berdakwah tapi kita tak berusrah?

Seorang ukht menjawab:

"Boleh, tapi kena ingat. Marhalah (tahap) dakwah itu ada tiga. Takrif (mengenalkan), Takwin (memberi rasa) dan Tanfidz (menggerakkan)."

Maksudnya?

"Seseorang boleh sahaja berdakwah melalui ceramah, kempen, pameran dan sebagainya, tetapi ingat. Itu semua peringkat pertama, takrif. Kita hanya mengenalkan Islam kepada seseorang itu. Tiada follow-up untuk memastikan dia SENTIASA ingat Allah. Sebab memang dunia ni penuh ujian dan dugaan, kan. Nak jadi baik itu tidak mudah. Kita tak mahu dia ingat Allah masa ceramah/program itu sahaja. Jadi, untuk memberi rasa (takwin) kepadanya, kita buat usrah. Agar dia sentiasa istiqamah. Sebab dalam usrah kan terbentuknya biah yang merindui Allah."

Macam itulah.


blarney castle, cork, ireland.


Lepas habis daurah tu, masing-masing berfikir tentang di mana letaknya diri ini dalam jalan dakwah seperti yang diwara-warakan. Kita adalah daie, tapi betul ke? Apa je yang kita dah buat selama ni?

Hmm, semoga Allah beri peluang untuk kami menjadi batu-bata terbaik dalam usaha mengembalikan semula hak-Nya di tempat yang sepatutnya.

Dan, terima kasih kepada murabbi saya kerana tidak lelah untuk mentarbiyyah mutarabbi yang nakal macam saya :)

Jzkk.
..........................................................................................................

"Apa perasaan dengan usrah sekarang?"

"Hepi gilaaa :)"

Haha.


5 comments:

Syahira. said...

haha. hepi gilaaaaaa kott :D

harumaki said...

HIHI--->gelak penghuni syurga *perasan*

Akak(7 bulan awal) kena tolong saya jadi baik. tau.

Noor Asyila said...

aaa comelnye blog niiii ;p

harumaki said...

alamakkk. generasi atas dah datang dahh...
ahlan :DDDD comel sbb tengok umur laaa..haha

nks said...

suka bca...best..