Sunday, October 28, 2012

Korban 1433H

26 Oktober 2012.
Tahun kedua beraya di tanah aghab.

ansar's welcomer :)

Sebelum nak memulakan bicara 'yang mungkin panjang', selamat hari raya aidiladha saya ucapkan kepada semua; terutama sanak sedara kat kampung sungai besar (dengan harapan besar mereka membaca) member member kat msia, readers mumblyme (bajett! :3); and last but not least kawan kawan kat mesir ni. Gen11us-ians apatah lagi. Salam raya saya hulurkan.

Maaf zahir batin, kullu sanah wa antum toyyibun. 


Tahun ni feel raya macam lain sikit. Sebab dah masuk tahun dua kan, jadi macam tahu la amende yang kita patut buat bila nak menjelang raya. Apa yang patut disediakan dan yang patut dibeli, dibuat, dikemas, ect ect ect. Tahun lepas blur je, ikut senior cakap apa. Innocent lah katekan. 

Tahun lepas, masak je benda benda raya tu semua, tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab tak pandai bajet. Pastu buat rumah terbuka, tapi tuan rumah takde sebab pergi CS. Hehe.

Tahun ni, huaaa, 5 kilo ayam habis dalam masa sehari! Gojes tak gojes :P


Namun, apa yang tak berubah: tahun lepas first time berjaya call ibu nangis-nangis ialah masa pagi raya disebabkan faktor internet plus komputer yang ntahpape. Dan tahun ini pun ak mengalami masalah yang sama. *Degil, taknak beli voip.*


Yang penting, raya tahun ni lebih syahdu! Allahu akbar :)


......................................................................


Cerita bermula. Alkisah raya.


Pagi tu ada kelas practical biochem. Tapi sebab terduduk belakang, fokus jadi kurang dan perkara yang dilakukan untuk mengelakkan tidur ialah: BERFIKIR NAK MAKAN APA! Hoyeahh!
*don't do this at class*

"Weh, aku dah siap buat list menu. Cuba tengok!"

"Banyaknya! Camtu ko buat sume."

"Erk. Tapi aku nak makan semua ni!"



Suasana pagi raya jalan ke gami3 Ibrahim.


Kami memang dah lama plan nak masak-masak, tetapi sebab semua orang duk sibuk berkejar ke sana ke mari sebab ada meeting dan SC, jadi kami tak berpeluang nak berduduk bersama bermusyawarah (eceh!) tentang tugas yang perlu disenarai hitamkan untuk tindakan segera. Keadaan menjadi kelam kabut pada hari sebelum raya. 

Tapi cadangan nak masak masak untuk rumah terbuka tu dah lama ada. So cadangan tetap go on meskipun ahli ansar semua balik lewat malam tu.

Dan kami memasak bersama hingga lewat malam :)

Sweet 1.0.



......................................................................



lirik lafaz takbir



Malam nak raya, kami bertakbir bersama-sama. Sebab habis iftar SC lewat sikit, jadi kitorang masuk lambat ke dalam majlis. Masuk-masuk tempat dah penuh. Tapi sebab akhowats welcoming, diorang gerak-gerak untuk bagi kami duduk dengan selesa. 

Dan takbir diteruskan.

Jarang rasanya untuk dapat peluang cenggini. Takbir ramai-ramai, siyes rasa syahdu gila. Rasa seronok. Rasa izzah. Rasa yang memacam rasa ada. Lepas tu berfikir, selama ni alangkah ruginya malam raya kita tak gunakan untuk bertakbir banyak-banyak macam ni. Tau-tau malam raya dulu banyak gelak je sambil gosok baju, kemas rumah, nak siap untuk esoknya. Haihh wahai diri.

Padahal sambil-sambil tu boleh je takbir.


Aidiladha; Sebuah drama kisah benar pengorbanan seorang ayah dan anak.


Sangat tersentuh bila akak menceritakan semula kisah ulung ini daripada sudut pandangan berbeza yang baru didengari. Tentang bagaimana kuatnya Siti Hajar, taatnya Nabi Ismail dan kasihnya Nabi Ibrahim terhadap Allah. 

Bayangkan, ini sebuah kisah keluarga, yang bukan kisah main-main. Ia benar. Kisah drama ini tertulis dalam Al-Quran, mengenai satu keluarga yang Allah uji kasih sayang antara sesama mereka, dengan seberat-berat ujian keluarga. Dimulakan dengan Nabi Ibrahim yang telah berumur tetapi masih lagi belum mendapat zuriat. Maka baginda sering berdoa;
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang termasuk orang yang saleh."  (37:100) 
Akhirnya, permintaan baginda dijawab oleh Allah, yang baginda akan dikurniakan seorang anak lelaki, seorang anak yang sangat sabar, sangat patuh melalui Siti Hajar yang merupakan isteri kedua baginda.

Siti Hajar pula, bukan calang calang wanita. Sopannya dia, beradabnya dia terhadap Siti Sarah, kerana mengetahui dirinya yang sarat mengandung mungkin akan melukai perasaan madunya itu, Hajar meminta Nabi Ibrahim untuk membawanya jauh ke tempat lain untuk bersalin. Dan apabila telah bersalin dengan bersusah payah, Allah uji pula dengan dugaan lain.

Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isterinya yang baru bersalin bersama anak sulungnya yang masih bayi di sebuah tempat tandus, yang dibayangkan dalam Al Quran sebagai "wadin ghairi zi zar3in". Lembah yang tidak mempunyai tanaman. (14:37)


Bayi lagi kot. Dah la tempat tu takde air. Takde tanaman. Takde! Pasir je semedang.


Dan apa reaksi Hajar?

"Adakah kau mahu meninggalkan kami di sini?" tanya Hajar kepada suaminya.
"Wahai Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami di lembah yang kering ini?" kata Hajar. 
"Wahai Ibrahim di mana engkau akan pergi dan membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana engkau akan pergi?" 
Si ibu mengulang-ulang apa yang dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan tidak menjawab. Baginda malah memalingkan mukanya ke arah lain. Melihat keadaan suaminya itu, Siti Hajar cuba menukar bentuk soalannya.
"Adakah ini perintah Allah?"
"Ya," jawab baginda. Sayu. Hati bapa mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri tercinta di tempat sebegitu sendiri tanpa apa-apa.

"Pergilah, jika begitu. Allah tidak akan mempersiakan kehidupan kami di sini."



Mungkin antara kita pernah/selalu je dengar kisah ni, tapi entah kenapa saat dengar semula drama ni rasa sayu tu sangat kuat. Sebab mungkin terasa macam kalau diri ni berada di tempat Siti Hajar, entah apa la reaksi aku. Dapatkah aku menjadi setabah dan setawakkal dirinya?

Panjang lagi ceritanya, sampai saat Nabi Ismail pula diperintahkan untuk disembelih oleh bapanya melalui tafsiran mimpi Nabi Ibrahim. Nabi Ismail, masa dengar statement tu dari bapa baginda, takde pulak melatah apa, tapi baginda jawab dengan yakinnya;
"Tunaikan apa yang diperintahkan kepadamu wahai ayahku, ayah akan dapati saya seorang yang sabar dalam menanggung penderitaan ini"

Relanya hati mereka.

Pasrahnya hati mereka.

Mereka adalah satu keluarga. Yang jarang berjumpa. Yang terpisah jauh. Yang diuji hebat semasa pertemuan dan perpisahan. Namun mereka pasrah, dan yakin akan rahmat dan kekuasaan Allah.

Mereka adalah satu contoh keluarga yang "aslama". Yang tunduk patuh dan berserah diri. (22:34). Berserah diri dalam setiap perkara kehidupan.


"Kalau aidilfitri mengajak kita kembali kepada fitrah, aidiladha mengajak kepada apa?"

"Mengajak diri kembali menjadi Muslim yang betul betul 'aslama', yakni berserah diri!"


Hebat individu itu, hebatlah ujiannya. Hebat juga ganjarannya. 

Nabi Ibrahim adalah seorang bapa yang amat mencintai anaknya, dan Nabi Ismail pula adalah anak sulung yang dinanti-nanti oleh baginda selama ini. Dapat bayangkan tak feeling seorang bapa tua yang tak pernah jumpa anaknya untuk sekian lama sejak bayi sehingga jadi besar dewasa, sayang dan kasihnya tentu meluap-luap nak jumpa anaknya. Namun lepas tu diperintahkan pula untuk sembelih anak sendiri guna tangan sendiri?

Dapat rasa tak? 

Ugh, sedih sangat kot. Tapi segala apa yang Allah perintahkan itu pasti ada hikmahnya. Yang disembelih itu bukanlah semata-mata jasad kibas yang digantikan dengan Nabi Ismail, tetapi perasaan cinta yang melebihi cinta kepada Allah. Dalam kes ini, cinta Nabi Ibrahim kepada anaknya.

Kini terbukti bahawa Allah adalah segalanya bagi baginda berdua.

Cinta kepada Allah itu seharusnya melebihi segalanya. The other love will come along, then.

:)

Kemudian Nabi Ibrahim masuk ke kota Mekah sambil bertakbir kesyukuran. Happy ending :D


A great story of a great family.


......................................................................



Saat ini aku masih meragui nak tulis lagi ke tak. Sebab macam dah panjang sangat =_="


keadaan pagi di dataran asyir


Pagi raya, solat raya di gami3 Ibrahim bersama housemates dan orang aghab yang lain, habis je solat ada makcik arab tu bagi gula-gula kat semuaaa orang. Kemudian terus ke rumah untuk masak kuah kacang dan ke asyir untuk tugasan potong daging beramai ramai. 

Tapi, sebab daging berjaya siap dilapah hanya bila hampir waktu solat zohor, makanya sepanjang pagi tu keje ak dengan pekja hanyalah memotong bawang-bawang yang ada. Berlakulah drama air mata pagi tu, dan takleh blahnye, wujud pulak lagu-lagu raya yang sesedih. Hmm.

Memang sesuai sangat la xD

Menyedihkan tahun ni, tak dapat nak tengok sembelihan secara live. Sebab duduk atas potong bawang. Tahun lepas siap dapat tengok unta kena sembelih lagi!


Hari tu jugak, ramai orang datang ke ansar. Hehehe. Saya suka bila orang datang rumah! Sebelum pukul 7.30 malam la ofkosnya. Tapi sempat melayan 3 trip tetamu je sebab balik dari asyir petang. Merasa kenyang setelah beraya di rumah sirap, penat lalu collapsed semasa menunggu turn nak masuk toilet.

antara makanan yang ada :) banyak lagi yang tak masuk gamba ni


Okeh, nak taruk fullsetop kat sini.

Salam aidiladha 1433H. Rasa macam mengulang balik tahun lepas je. Tahun lepas pun ada post sikit pasal raya haji, tapi tak sangat lah.

Taqabalallahu minna wa minkum :)


6 comments:

shakirah said...

refreshing

harumaki said...

:)

KID said...

Terbaik sehh!! Dah lama ak mencari tujuan Aidiladha ni sebenarnya. "Berserah diri". sangat tersentuh!

harumaki said...

Yup! Biasa kita dengar ttng pengorbanan je kan. Baru tau antara ibrah bsr aidiladha juga ialah ntk jadi hamba yg aslama tu :)

aisyasara said...

Sangt teraentuh biel !teruskan nukilan enti ..mntop!

harumaki said...

just sharing :) mabruk kpd sang pengisi malam tu sbb bawakan kisah yg sgt best dalam gaya yg sgt osem.