Friday, June 29, 2012

It's 29th already

Ok, jujur. saya bosan lalu berkeputusan untuk menulis. *tarik nafas dalam dalam*


sebelah pasar pagi hari sabtu nun di kampung sungai besar


Mengenangkan semangat yang hilang berkurang setelah hampir masuk minggu ketujuh study leave, rasa macam nak hempuk diri guna bantal kekabu untuk bagi diri ni sedar dan terus bersemangat kembali (eleh, bantal je pun).

So far, ada lagi 2 papers and 1 oral examination left sebelum saat habis bergelar pelajar tahun satu kat sini.


Money and Fame

Kawan-kawan sume duk cakap ak ni kaya sebab dapat JPA, nak jalan-jalan senang, makan, mandi duit tiap hari (ya, anda sedang meng-hyperball). Beruntung dan bahagia sungguh menikmati kehidupan di luar negara. What the...beb. Korang tahu tak ak kat sini makan takde kicap kipas udang? Guna santan serbuk je?

Err, sebenarnya ada je kicap ABC indon. Tapi kicap kipas udang lagi sedap.


"Whatever ye are given (here) is a convenience of this Life but that which is with Allah is better and more lasting: (It is) for those who believe and put their trust in their Lord." (42:36)

See, Allah kata, apa-apa yang diberikan kepada kamu di dunia, maka itu hanyalah متاع. Apa itu متاع? Ia bermaksud harta benda, utilities, barang kepunyaan in which digunakan oleh orang arab dalam mengklasifikasikan barang itu sebagai benda itu hanyalah untuk kegunaan keperluan hidup dan bukan untuk keseronokan. Macam penyapu, berus, lap kaki dan lain-lain yang setara dengannya. Kita tak rasa enjoy dan jakun dengan mempunyai sebatang penyapu, kan?

Dan sebaliknya, dalam ayat ni juga Allah compare متاع itu dengan sesuatu yang Dia ada, yang lebih baik. Yang disifatkan sebagai خير و ابقى. Better and long last. Dan untuk siapa semua tu? Untuk orang yang beriman dan bertawakkal kepadaNya.

Dan dalam ayat seterus-seterusnya. 

-Those who avoid the greater crimes and shameful deeds
-Those when they are angry even then forgive
-Those who have responded to their lord and established prayer 
-Those whose affair is [determined by] consultation among themselves (syura)
-And those who, when tyranny strikes them, they defend themselves


Price Tag

Seems like dalam era metropolitan ini, semua orang mengejar kebahagiaan materialistik yang telahpun Allah cakap awal-awal dalam al-Quran sejak zaman Nabi Muhammad lagi yang semua tu adalah utilities for human's life. Not even something that can be enjoyed to the fullest.  

Tapi kini, everybody seems to be so obsessed with money. Manusia diklasifikasikan dengan duit. Macam ada price tag dekat manusia sekarang ni. Kalau dulu, kita beli barang mesti tengok price tag kan. Lagi mahal barang tersebut, lagi berkualiti la dia maksudnya. Tapi tak semua barang kita perlukan yang berkualiti. Kalau setakat nak beli kain lap kaki, buat apa nak spend sampai RM50. Duit memang perlu, tapi ia bukanlah yang utama.

daripada mati dalam duit macam kat atas tu baik mati dalam iman. ish.


Takut-takut Allah bagi kita kesenangan harta adalah sebagai ujian dan siksaan. 

"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)." (9:55)

4 comments:

Syahira. said...

dushh. semangat dah lari ke mana entahhh. huuu

Anonymous said...

wuuuu sesi tadabbur online dari ustazah haru maki ekekekekee. bagus entri ni, mengingatkan eden yang lupa dan tamak harta benda

harumaki said...

sheis: haha, tangkap dia balik guna tali-ala-koboi

anonymous: err, ustazah haru maki? =_=

shakirah said...

ah satu hempukan kesedaran ,thx