Saturday, June 2, 2012

Music


kuma-chan, 28th May.


'Islam is about faith. Percaya. Kepada yang Maha Satu'

Berulang-ulang kali mendengar nasihat brother Nouman dalam satu talk beliau yang bertajuk 'Music and Hip Hop'. Kenapa? Sebab ianya sangat-sangat terkena kat diri ni. Dengar banyak kali pun still rasa macam kena tembak berdas-das dengan senapang M16 yang pernah pegang dulu. Kuat dan deras.

Intro soalan yang datang pun dah buat orang rasa goosebump.

'I listen a lot to hiphop and MTV cribs. I doesn't seem to focus on getting close to God. What is your advice?'

Stop watching that may be a good start, katanya.


........................................................................................

Mungkin bagi sesetengah orang, menonton rancangan-rancangan best macam running man, movies, ect ect adalah tiada apa-apa bagi mereka. Tapi bagi ak, ia macam satu curse yang besar. Seolah-olah, kalau ko tengok ni dan ini, tiada hidup yang tenang bagimu pada waktu seminggu ni. Semua ni bermula sejak ak tiba di bumi Mesir.

Sumpahan. (seram)

Sumpahan bumi Mesir. haha.

Kalau dahulu, menonton mv korea yang macam-macam tu memang jadi feveret sebab, tengok sahaja lah diorang punya choreography, pentas, suit. Smart gila daeebak! Pastu ulang dan ulang dan ulang. Tak rasa apa-apa pun. Sebab tak faham pun lirik dia, dan muzik best. 

Then, setiap kali balik hostel, terus buat conference tergempar pasal mv yang baru keluar bulan tu. Komen, kritik, hafal. Berjam-jam bincang pun tak habis habis. Keh keh. Lawak bila fikir balik. Lagi-lagi masa we got married tu tengah femes sebab ada seohyun snsd dengan yonghwa cnblue.

Dan, setelah datang ke sini, ingatkan macam mustahil lah nak tengok benda-benda tu semua. Yela, egypt kot. Mesir. Mesir! Bumi anbiya dan para Rasul. Bumi para ilmuwan dan sahabat.

Hehe. Jangan lupa, ia juga bumi Firaun.

Internet kat sini laju yang teramat dengan bayaran yang murah (budak imarah, sori. i'm not pissing you off. haha) sebab kitorang kongsi bayaran dengan jiran sebelah, bermaksud hanya 60 LE sebulan=RM30. Dan kelajuan dia tahap tak payah buffer lama kalau tengok youtube; kadang-kadang sangkut jugak bila waktu akhir bulan. Tu belum masuk kes internet rumah sape entah yang memang tak buffer langsung bukak youtube. Download satu movie pun sejam lebih je tunggu. 

Then, as people said. Hidup universiti, semua benda depends on ourselve. Nak buat ke taknak. Pilih.
Sama je. Baik di Mesir, UK, India mahupun Malaysia.
Teori yang valid di mana sahaja.


Cuma extra point yang ada di sini ialah 'biah'. Di sini ramai yang mengingatkan.
Nak cakap pasal korea pun kena pelan-pelan. Tak boleh jerit-jerit dan bersambung-sambung macam dulu.
(Tapi bukan ke orang kata, yang minoriti tu la yang kuat? huhu, susah susah)

.......................................................................................

Brother Nouman kata lagi,

Music nowadays is an audio pornography. Its shameless, horrible, make woman as an object, it take your sense of humanity, make you lose your moral value. (stop). Dan banyak lagi. 

Many people can recite the song in a perfect tajwid too, katanya lagi. Haha.

Faham je. Apa yang beliau maksudkan bukanlah muzik secara general. Tapi lirik. 
Ya, lirik. 

Tengok jela lirik-lirik lagu sekarang. Tak kisah la, melayu ke, english ke, arab ke, even korea (yang tak faham tu) majoriti bercerita tentang cinta manusia. Patah hati, buat lagu macam nak terjun gaung. Jatuh cinta, buat lagu macam nak terbang di awangan. Maka manusia yang really deep into music (macam ak ni= mangsa!) pun selalu lah mengulang mengulang lagu tersebut sampailah bosan. Lirik pulak, boleh tahan lah bahasa dia. kasar. go die, tonight we go party, ape benda entah.

Secara tak sedar, sebenarnya kita sedang instill the song dalam jiwa kita. Bermula dengan humming and reciting them again and again.

Huh,

Brother Nouman kata lagi, if you have regards for the book of Allah, that you really think that it is from Allah, you'll have a big satisfaction after you have iman. Even mention a bad name, a bad word is horrible for you, once you have faith. 

'You must have a clean tounge'. Al Isra':53 Allah sendiri yang cakap. 

Dan, how about having clean eyes? Clean steps? Clean thought? 


Dass. peluru senapang M16 tepat mengena sasaran.

...................................................................................

Part yang paling ak suka ialah, bila dia kata;

(translate guna bahasa otak sendiri)

Bila kita continuosly mendengar those things, you'll get deviated. Dan kita tidak merasakan ketenangan, happiness or pleasure melainkan dengan mendengar benda tu semua. This is a sign of a sick heart. Dan sampai tahap jika kita terasa annoyed bila someone pasang kaset al-Quran or mengaji kat tepi kita, maka saat itulah, sedarlah. Sedar bahawa syaitan tanduk dua ekor satu tu dah selamat menakluk hati kita. And they constantly making out waswas in our heart. Sebab apa?

Sebab benda yang paling syaitan benci ialah al-Quran. kan? It hurts them. Bila orang yang ada sick heart tu dengar, ayat al-Quran tu seolah-olah sedang pinch our heart. Membara je hati ni. Tak bestla, mengganggu la, boring dengar, cakap orang yang baca tu tengah tunjuk alim la. Buat alasan. Sebab syaitan kat dalam tu pun tengah cacing kepanasan.

Huh,

panas. menggelejat.


.....................................................................................................................


Then, macam mana nak berhentikan semua ni?

Jawapan. Stop supplying them(syaitan) with fuel.
What kind of fuel?
Yang awak guna selama ni untuk 'membesarkan' dia tu laa. The one that you use to waste your time.

Apa-apa je.

Tak ada apa lagi yang mampu menggembirakan syaitan selain daripada perkara yang membuang masa anda. Seronok betul dia.

Really, mujahadah itu sukar. Susah gila kot. Tapi, lagi susah, lagi banyak pahala Allah offer untuk lawan semua tu, kan.

:)


....................................................................................

NB: Kuma-chan, semoga bahagia dengan tuan baru.
Tuan baru, sila jaga dia elok-elok. You deserve it more :)
sebab saya sayang awak lebih dari kuma-chan (haha jiwang!)
(ngeh, mesti tak faham kan?)

NB2: Histo mode. Henshin!


2 comments:

Penulis said...

buka hati, buka mata dan buka telinga :)

harumaki said...

yup. tau je. tapi tetap nak buat, bahaya! step by step.

awal online ek, aima. haha :DD