Thursday, December 17, 2015

Random #6



Wahai awan,
Hanyalah jika kau tahu betapa mudahnya untuk menghapus sebuah kebaikan yang panjang,

Nescaya kau akan tidak mahu,
Menjadi seorang manusia.

Kerana ternyata sifatnya memang suka berkeluh kesah.
Memusnahkan segala gunungan amal yang telah dibinanya dengan bersusah payah.

Terkadang,
Sungguh mudah sekali untuk membuat kebaikan.

Namun,
Percayalah, amat sukar sekali untuk menjaga kualitinya.

Banyak lagi masa yang perlu kita tempuh,
Dari saat kita berbuat sesuatu amal kebajikan itu,

Kepada saat ia perlu dipersembahkan kepada Yang Maha Menghakimi.
10 tahun, mungkin 50 tahun, atau 80 tahun lagi, kita tidak tahu.

Hu, bagaimanakah halnya diri ini.

Tuesday, December 15, 2015

To be earned, not asked

Assalamualaikum wbt


Dalam hidup ini, aku rasa benda antara benda yang susah nak buat ialah meletakkan respek pada tempatnya. Bermaksud, respek orang yang sepatutnya, dan sebaliknya pada orang yang tidak sepatutnya. Jangan salah faham, aku sokong yang setiap insan itu selayaknya dihormati dan tidak diperlekeh keberadaannya, tetapi kini kita bercakap dalam konteks memberi kepercayaan dan hormat level tinggi, dalam bahasa lainnya, tsiqah.

Sometimes kita selalu berjumpa dengan orang-orang yang meminta dirinya dihormati atas kedudukannya sebagai ketua, dan sebagainya. Tetapi apa yang jarang aku jumpa ialah ketua yang benar-benar bersungguh untuk meraih kepercayaan anak buahnya dalam bentuk amal-amal extra yang dilakukannya, untuk mengambil hati mereka. Bukan nak suruh ketua mengampu orang bawah, tapi macam, menunjukkan care dan kualiti kerja, cara pemberian arahan, meraikan pendapat dan sebagainya sangat mampu menaikkan tsiqah pekerja.

Kadang-kadang boleh jadi sampai daripada orang bawah cuba untuk respek, turn out lagi rasa menyampah nak follow arahan ketua, even though arahan itu betul dan perlu. Dan itu adalah exactly what happend kat Malaysia.

Dan benda ni bukanlah hanya tertakluk kepada ketua mahupun pemimpin, tetapi juga antara rakan dengan rakan yang lain, murabbi kepada mutarabbi, antara orang dalam sesebuah organisasi, antara ahli beit, orang mesir-orang malaysia.

Kita kena ubah konsep. Nak dapat respect manusia tu memang bukan dengan cara meminta, tapi tunjukkan diri anda layak menerimanya.

Dan daripada respect itu pula, akan datangnya kepercayaan/tsiqah (trust) yang tidak berbelah bagi, atas husnu zhonnya orang itu kepada orang yang dipercayainya. 

Tuesday, December 8, 2015

Macam macam

Macam macam

Macam macam

Macam macam

Semoga Allah mudahkan urusanmu, ukhti.

Monday, December 7, 2015

#Thought 3

Everytime i went home i always have something to do.

That's good.

But taking unnecessary-ly long time in finishing something is not soo good.

It's not efficient.

Let's finish our task earlier so that we got more time to do other task.


Saturday, December 5, 2015

Baru, semua baru


Just recently i got my new cork board and i felt contented just looking at it. Yeay! 

Today we are holidaying yet the weather is so freaking windy. Gelap sangat, dan sejuk. Angin bertiup whitsling through the window, keluarkan bunyi "ooooooo" macam dalam cerita hantu. 

Sejuk sejuk macam ni teringat kak rai dan heaternya. Kak rai dia sangat suka heater sampai rasa kalau boleh cipta sweater yang boleh attach dengan heater, mesti dia jadi orang pertama yang beli. 

Doakan beliau gagah menempuh dunia ho sekarang.

Dan baru pagi tadi ibu hantar gambar rumah baru, yang sekarang dah start dimasuki oleh perabot-perabot baru. Yeay! Dzahin pulak dah habis spm, tak terbayang macam mana dia masuk dunia universiti. In 2 years ahead, aku pulak yang akan grad. Hmmm sure life is travelling fast. Rasa macam budak-budak lagi tapi ibu dan abah dah macam makin tua. Adik yang dulu suka merengek rasa nak ketuk je sebab manja sangat, sekarang tinggi dah sama dengan aku.

Memanglah dunia tu sekejap je.

Sekian.

Monday, November 30, 2015

Random #5

And,
Every hardship comes ease
Every hardship comes ease


Sunday, November 29, 2015

Tebaran sayap motivasi

In the beginning, there's nothing
So empty 
In the space between 
Then you came in
Turn the lights on
And created
What is came to be

Before I
Pluck your wings
Cover me please
Spread your wings
Cover me
Please


Benarlah, half terbesar tarbiyah itu kita dapat dari mutarabbi mutarabbi kita. Terutama apabila kita sedang rancak bersembang tentang yang basis, iman dan amal, seringkali terlintas, layak kah aku menjadi orang yang berbicara tentang hal ini. 

Sudah pasti sahaja kita pernah mendengar bahawa kata-kata itu umpama makhluk. Ia akan terpantul balik pada diri pengucapnya. Kerana itu kita tidak mudah-mudah mengkafirkan manusia tanpa bukti yang jelas; kerana risau sebenarnya orang yang berkata itu mendapat tempias kekafiran itu (Muntalaq, Bab 2). Dan jelas sekali bahawa 'makhluk' ini akan menjadi pendakwa di akhirat kelak, "Kenapa kau membicarakan hal yang tidak kau lakukan?" (As-Saff:2)

Aku faham, masalahnya bukan pada pembicaraan, tetapi pada amal. Macam kita boleh anggap ayat tu maksud tersirat dia; "Manusia, kenapa kau tidak amalkan benda yang kau katakan?" 

Masalahnya, dalam dakwah, sakit hati tak rela hati macam mana pun, Islam itu patut disampaikan kerana kesedaran kita terhadap tanggungjawab syahadah kita. Dan kecintaan kita terhadap Sang Pencipta kita. Ya aku perlu. Cuma bila reflect pada amal ni yang bimbang sikit. Sebenarnya, tiada pilihan lain melainkan beramal dengan apa yang kita tahu dan katakan. Nak suruh tinggal dakwah? Lagilah macam tak patut kan.

Tetapi, seperti biasa, manusia tetap manusia, ada naik dan turunnya. Yang penting sejauh mana kita berusaha untuk memantainkan mutabaah kita, perjuangan kita untuk kekal menjadi manusia rabbaniah, god centric. Kheir centric. Kalau benda ni rebah, rasa putus asa tu menerpa tanpa perasaan nak naik balik, maybe itu adalah hati kita yang perlu kita bincangkan halnya.

Aku bukanlah baik, tapi aku nak jadi baik. Maka dalam perjuangan ini, doakan aku supaya menjadi sahibul qalb yang aman, bersih, mulia, tiada noda, tak pemalas, tak sakitkan hati orang, sentiasa rasa full-spirited buat amal kebaikan, dalam ibadah am atau ibadah khusus. Semoga perasaan 'mahu' ini tidak hilang.

Dan, sumber tazkirah terbesar aku adalah mutarabbi aku sendiri selepas murabbi dan tarbiyah zatiyah peribadi. Thanks anak-anak. Tanpa kalian siapalah kakakmu ini.

Cover me please if im falling. Spread your wings, cover me.

Thursday, November 26, 2015

Random #4

Mungkinkah,

Keserabutan ini perihalnya karena;
Ada ketidak berkahan di mana mana amal?

Thursday, November 12, 2015

Menunggu lecturer

Assalamualaikum

Jom tengok apa yang kawan sebelah kita ni buat masa gap sementara nak tunggu lecturer datang.

Ready??

3....



2.....



1...........



Dia baca buku anatomi tahun satuuuu!!!!!!
Whoah. Gempak tak~

Ilmu tu di mana-mana, bila-bila.

*post kebosanan waktu gap


Padahal kena ready untuk ambil history. Alahai bahasakuu.


Keadaan kawan-kawan di dalam dewan. Im gonna miss this moment in a few years ahead.

Sekian.


Monday, November 9, 2015

Random #3

Too much of anything can make you sick
Even the good can be a curse 
Makes it hard to know which road to go down
Knowing too much can get you hurt

Is it better, is it worse?
Are we sitting in reverse?
It's just like we're going backwards
I know where I want this to go
Driving fast but let's go slow
What I don't wanna do is crash, no

Just know that you're not in this thing alone
There's always a place in me you can call home
Whenever you feel like we're growing apart
Let's just go back, back, back, back
Back to the start. Oh

.........................................

Someone shows me if you don't have the typical talent/abilities that strictly needed to remain there,
you can always try to offer something different.

But with extra hard work, of course.

There're people who gonna love
and also those who gonna hate

Just be yourself
Try to be the best person that your God might be contented of

Sunday, November 8, 2015

Laptop yang comel

Assalamualaikum

Hampir semua orang yang berada dalam circle aku mengerti betapa vitalnya peranan laptop dalam hidup aku. Diusung ke sana ke mari, di lap dengan cermat saban hari (dulu rajin sekarang kurang siket), siap bagi nama lagi (tapi sekarang dah lupa. Hahah). 

Dan mashaAllah sekarang umur dia dah menginjak 6 tahun. Kalau ikut fatwa ibu yang kebanyakan barang elektronik tempoh hayat bekerja maksimum dia averagely 5 tahun, kiranya laptop aku sekarang ni dah boleh dapat label veteran. 

Spesifikasi dia, kira hebat lah masa dia mula mula keluar dulu. Cantik, dengan corak menarik kat cover dia, memang menarik setiap hati yang melihat. Aku memang suka saiz dia, simple and handy. Tapi, setahun lepas dia dibeli, time tu dunia dibanjiri dengan keluaran laptop2 nipis yg stailo. Tapi aku tak kisah sangat pun, cuma berat siket lah nak duk angkut masa kat intec dulu sebab laptop ni macam tebal siket.

Tahun berlalu pantas, dan function dia pun mula detoriate. Aku selalu bukak dia hari-hari, in fact tak pernah tutup pun, especially zaman takde smart phone dulu. Pada tahun ketiga, bateri dia dah sangat weak sampai tak boleh nak depend langsung pada penggunaan bateri, so sejak itu laptop ni all the time kena connected to power source. Masuk tahun keempat, dia jadi cepat sangat panas. Sampai kena bubuh kipas khas atas meja untuk dia sahaja.

Maka sejak tahun itu, every year balik memang aku akan hantar dia untuk service. Dan setiap kali itulah, dia akan jadi better siket, tapi masih tempang pada beberapa citi, contohnya, contrast kaler dia dah rosak, tapi despite of that, masih gigih berfungsi, menyumbang diri pada tiap detik yang ada.

Dan sekarang, dia ada penyakit baru. --asek on off dengan internet connection. Dan dah start panas balik, maybe sebb tahun lepas lupa nak hantar untuk bersihkan kipas. Dalam saat yang genting ni, seriously lah, haih.

Tapi yang bestnya tarbiyah terbesar yang aku belajar daripada laptop ni ialah jangan cepat melatah dan erti tajdid niat. Aku selalu marah dia, rasa nak hempas pun kadang-kadang ada --ganaih eh-- tapi setiap kali bila kerja dah siap; aku pandang dia balik, pastu aku selalu reflext diri balik, untuk apa aku marah dan mengungkit,

--hanya buatkan amal itu tidak berguna
--dan mungkin
--tidak bernilai

--di mata Tuhan

--walaupun manusia rata-rata memuji kita, malahan ada yang siap mendoakan, dan menginspirasi,

--rasa macam jadi the final loser

Laptop, aku harap kau boleh bertahan dan bersabar dengan aku untuk beberapa ketika lagi, sehingga tiba masanya untuk aku fokus dengan manusia, 

Dan mengaplikasikan segala ibrah yang telah kau ajar.

Here she is. Considered a female as ada sticker rilakkuma atas dia. Hakhak.


Baiklah, sekian.
*sementara tengah tunggu laptop ni sejuk sebenarnya

Friday, November 6, 2015

Enchanted. Sort of

Assalamualaikum



Menjadi impian aku sejak start masuk medical school untuk pursue specialist or any deeper level in pediatrics. Sebab apa? Takde special reasons, just sebab semorang duk kecoh share dia teringin nak jadi apa lepas habis med school dan kerja nanti, so menjadi pakar kanak-kanak adalah antara benda pertama yang terlintas di benak fikiran. Mungkin sebab aku suka nak care pasal budak, tapi takdelah penyayang ala-ala mommy sangat pun. Kawan-kawan ramai yang nak jadi pakar OnG muslimah, antara benda yang sangat penting dan diperlukan dalam lapangan medikal di Malaysia; namun aku tak tahu kenapa hati aku tak pernah terdetik untuk ke arah sana. Btw, semua orang pun ada peranan masing-masing so let us just do the best in whatever we're doing.

Plus, kita tak pernah akan tahu apa yang patut kita jadi selagi mana kita tidak ada pengetahuan, dan pengalaman dalam bidang tersebut, so sila stay tuned with me nanti lepas habis round pediatrics ni adakah masih saya mahu meneruskan impian saya ataupun tidak. Anyway, menjadi seorang doktor adalah impian tunjang saya, selagi mana kita boleh berbakti dan memberi khidmat based on kepakaran kita, itulah kepuasan yang paling best.

Jadi, tajuk post ini adalah berkisar tentang seorang master student yang baru aku temui pagi tadi di hospital kanak-kanak Abou Risy. Cerita bermula apabila kami budak melayu yang terkebil-kebil nak bertanya perihal kelas pada s/u yang menguruskan segala hal berkenaan dengan round pediatrics ni. Adeh, dah 5 tahun pun masih tak fasih. Lalu aku pun terus la refer pada seorang doktor egyptian ni tentang ke mana harus kami refer untuk hal berkaitan round ni. Sebab orang yang duduk di meja secretary tu lelaki, so kami cam sort of tak convinced lah, betul ke dia ni secretary. Biasanya secretary kan perempuan.

Lepas tu nampak kitorang ni duk terkebil-kebil, bangunlah seorang doktor lain ni tanya apa yang kitorang mahu dan tolong translate kan pada secretary. Dan futher sembang dengan dia, apa yang dia buat kat sini, rupa-rupanya dia master student dari sudan. Belajar kat egypt sebab dia kata dental pediatrics kat sini sangat strong, lagi pun dekat dengan negara dia, boleh back and forth lebih mudah, just 2 jam je daripada sini. Memang dengar cerita pun pediatrics kat kasr el-ainy ada doktor-doktor power yang bertaraf dunia. Yang jenis jarang ada orang pakar part tu kat negara lain, tapi ada di mesir ni. Jangan main-main.

So kitorang pun sama-sama lah tunggu kehadiran head of department (hod) nak tanya beberapa hal pasal kelas kami, dan sementara menunggu itulah dapat sembang-sembang siket dengan dia. Dia nak jumpa hod untuk sahkan proposal research study dia. What make me enchanted is, dia selalu sangat senyum, nampak budak dia pergi acah-acah siket, walaupun dah lama tunggu, tapi takde pun nak rushing or fight fight nak masuk dulu dalam bilik hod macam arab lain. Siap jemput kitorang masuk dulu. Padahal sebelum tu aku baru bercadang nak rempuh masuh gak (konon boleh menang) sebab memang perangai arab kat sini macam tu. Who's louder and faster, wins. Takdenye nak main common sense nih, tak dapat.

Tapi tu lah, ke mana ihsan kita? Hmmm. Kalau kita buat macam mana yang diorang buat, then sama jelah taraf kita dan mereka kan. Tak payah nak menyampah-menyampah kalau kita pun sama-sama buat.

Itu sahaja, melihat kakak tu buat aku rasa memang doktor pediatrics manis-manis eh muka diorang? Mungkin sebab asyik jumpa anak-anak syurga. Suci bersih.

Dan

Selalu enchanted tengok orang-orang yang istiqamah ni
Sebab bukan mudah nak maintain buat amal tu, maintain perangai murni tu sampai ke akhirnya

 فوالله لا يمل الله حتى تملوا‏"‏ وكان أحب الدين إليه ما داوم صاحبه عليه‏. 
"Demi Allah, Allah itu tidak bosan --memberi pahala -- sehingga engkau semua bosan -- melaksanakan amalan itu. Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu - yakni tidak perlu banyak-banyak, asalkan langsung terus." (HR Bukhari Muslim, Kitab Riyad As-Solihin, Hadis 142)


Doakan kitorang nak start round baru ni. Semoga mudah semua perkara, ameen.



Sunday, November 1, 2015

Satu golongan yang memang akan ada

Assalamualaikum

Dalam hidup ini, kita sangat suka jika kita dijadikan tumpuan dan rujukan. Kita suka bila orang suka pada kita dan sanjungi kita. Kita gemar dikasihi dan disayangi. Kita rasa sempit jika tidak diendahkan dan keseorangan.

Itu memang fitrah seorang manusia. Se-introvert mana pun dia. Pasti ada teman disampingnya. Sebagaimana adam yang telah ada segalanya di dalam syurga yang penuh kenikmatan itu, masih membutuhkan hawa yang mempunyai features yang sama dengannya untuk dijadikan teman.

Lalu bagaimana pula demikiannya tatkala membaca ayat ini:


Ada golongan yang Allah dah claim sejak awal lagi, Dia tak akan endahkan golongan ini. Tak akan sapa, tak akan tegur, dsb. Tak tahu la apa perasaan manusia yang berfitrahkan tidak suka penolakan; pada masa itu. --Iaitu pada saat dia bertemu Tuhan yang telah menciptakannya dengan sebaik-baik penciptaan, namun Dia enggan menyapanya.

Mesti hati rasa sangat renyuk kan. Dapat bayangkan tak? Huhu. Dah la masa kat akhirat tu everything is scary.

Menjual janji Allah
Menjual sumpah mereka

Dengan harga yang murah

--jangan tak tahu, kita pernah 'bersaksi' di hadapan Allah semasa di alam ruh dulu. بلى شهدنا

Tu je, saja nak share tadabbur hari ni.

Saturday, October 24, 2015

Menjadi rijal am

Assalamualaikum


Hari ni kami semua mendapat satu tugasan --untuk mempraktikkan input tentang menjadi rijal am (pemuda inklusif) dalam daily life. Maka kami semua bergerak ke sekitar kawasan madinat nasr untuk interview orang mengenai 5 rukun islam. 3 orang melayu, dan 2 orang arab. Tempoh masa yang diberi adalah 3 jam.

Maka bertebaran lah semua orang ke sekitar kawasan yang ditargetkan secara peribadi. Aku, kak aflah dan kak izzah masing masing mundar mandir bertiga mencari orang dan ruang mana yang terbaik untuk bertanya tentang 5 soalan yang telah disediakan sebentar lagi. Cuak? Ini bukan pertama kali aku buat tugasan ala-ala street dakwah, tapi debaran dan ketakutan itu masih ada. Malu, risau, gelabah dan sebagainya. Tapi hati masih kata mahu. Kerana, aku pernah rasa feelingnya bila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Heaven.

So dalam 3 jam itu kami pun bergerak mencari orang. Ramai juga mad3u yang kami temui, alhamdulillah, yang dimananya setiap satu memberi pengajaran yang sangat berharga untuk hari ini dan masa akan datang. Kami beroleh 13 orang responden melayu dan 10 orang arab; daripada pelbagai latar belakang dan umur.

Selepas 3 jam, kami semua pulang kembali ke hijrah dan masing masing mula berkongsi tentang perasaan dan pengalaman peribadi tentang aktiviti yang dilakukan sebentar tadi. MashaAllah, akhawat sangatlah osem. Tapi yang paling aku terkesan ialah:

1. Saat kak koca tanya pasal apa yang awak belajar tentang diri awak usai aktiviti selesai. Bukan tentang orang yang kita beri. Macam terkesima siket dengan soalan itu.

2. Jadi jawapan aku ialah; "Ini bukan first time saya buat street dakwah, tapi saya still lagi jadi orang yang tolak tolak orang ke depan. Saya ni penakut rupanya. Tak paham dengan diri sendiri."

3. Ada antara orang yang kita approach tu adalah antara orang yang kita pernah jumpa sebelum ini. Bila dah kenal macam tu on surface, lebih senang kita nak ngam dengan dia, apatah lagi utk berkongsi benda-benda tarbiyah. Maka jangan pernah pandang enteng nilai sebuah salam, senyuman dan sapaan.

4. Bila ada responden yang tak tahu asyura tu apa bila kami tanya. Aku tak boleh nak salahkan diorang, aku pun dulu once begitu juga, sebelum aku bersama tarbiyah. Buat ibadah ikut-ikutan.

Rajul ammah --menurut apa yang kami bincangkan pada sesi sebelumnya, merupakan pemuda yang sentiasa bersedia untuk orang ramai. Kealimannya tidak meletakkan dia di bilik-bilik atau masjid-masjid semata-mata, tetapi dia sentiasa kelihatan bergaul dengan masyarakat, dan meninggalkan mereka dengan kesan-kesan yang positif. Rajul ammah ialah seorang yang mesra, prihatin, dipercayai oleh orang sekeliling dan peka terhadap perkara yang berlaku dalam masyarakatnya dari segenap segi sama ada ekonomi, politik dan sosial.

Maka kerana itu, dakwah sangat memerlukan rajul ammah ini kerana dengannya, islam boleh tersebar dengan lebih luas dan lebih mesra, bersama qudwah yang baik.




Saturday, September 19, 2015

Jaulah --pre intro


Alhamdulillah --

Laut membiru, rimba menghijau
Tasik jernih di bawah awan yang terbentang luas --

Manusia dengan pelbagai ragamnya--

Hiruk pikuk bandar, deru laju kenderaan--

Dan kami, pengembara yang juga dengan pandangan mata,

Selesai sudah perjalanan 17 hari merentasi beberapa buah negara di sekitar balkan dan itali.

Akanku cuba rakamkan di dalam tulisan di sini, insyaAllah.

Saturday, August 22, 2015

Mumbles

Ala ala trobek.

Hari itu, aku mengadu pada ibu betapa abah dan ibu selalu tidak membantu aku secara spesifik dalam menguruskan hal-hal hidupku semenjak aku habis spm. Segala perkara aku uruskan sendiri, daripada urusan mengemas beg, surat menyurat, pengangkutan, berjalan ke sana ke mari, dsb. Aku hanya beritahu 'title' perbuatanku kepada ibu dan abah. Tak pernah bagitau details, --sebab mereka pun tak pernah bertanya. 

Tidak dinafikan banyak benda aku silap buat, banyak benda aku menggelabah, banyak benda aku kena marah dan rasa malu, dan banyak benda aku belajar 'in the hard way'. Nangis pun ada. Sampai aku jadi tak puas hati dengan ibu abah, kenapa tak tolong langsung? At least masa menggelabah tu, give a hand...

Kemudian ibu berkata;

"Biar, ibu saje je buat camtu. Biar cepat belajar, cepat tahu apa yang tidak boleh buat, apa yang patut buat, patut susun, patut rancang. Bukan jadi manja je."

"Ibu dulu lagi lah. Masa ibu nak pindah universiti dari KL ke Johor, embah tak tolong siket pun. Semua ibu buat sendiri. Angkut barang, upah motorsikal. Fikir sendiri. Kita ada otak, dalam keterbatasan kita mesti mampu fikir apa penyelesaian dan jalan keluar terbaik untuk masalah kita. Pengalaman buat salah menjadikan kita sentiasa beringat bahawa dalam dunia ni takde benda boleh buat main taram sambil lewa tanpa perancangan."

"Ibu dan abah dulu masuk hostel takde pun orang nak uruskan. (Ibu abah dedua sekolah menengah asrama di KL) pergi balik naik bas. Ok je. Kami mmg di-train seperti itu, dan itu menjadikan siapa kami sekarang. So ibu percaya je nabilah boleh buat. Tak risau pun."

"Kalau hidup di kampus pulak, lagi tak risau. Tu ada usrahmate, ade naqibah. Selesai keje ibu, ada orang nak marahkan kalau malas malas kemas rumah." ---part ni macam errr haha

Inilah essence pembelajaran melayu. "Agak2" "secukup rasa" semasa memasak --> bukan bermaksud masak tu main taram je, tapi menyukat kuantiti bahan tu melalui pengalaman dan pemerhatian. Look and learn. That's how you become a human.

Sebenarnya aku bebel-bebel kat ibu macam tu pun, actually lagi ramai orang yang matang sebelum usia daripada aku. At least ibu lepaskan anak dia betul-betul after spm. Tapi kawan-kawan aku ada yang sgt independant untuk belajar jauh even johor-perlis dalam usia yang sangat muda, ada yang dah start bekerja jual kuih untuk bantu keluarga sedangkan time tu belum lagi habis spm, dll. Yang diorang-diorang ni, bukan setakat support teknikal tak dapat, even kekadang support moral, kepekaan dan bantuan kewangan pun tak dapat. At least, aku sebenarnya diperhatikan daripada jauh oleh parents aku (even tak perasan). Mereka memberi joran untuk aku belajar menangkap ikan. Supaya aku boleh belajar erti hidup dan berdikari.

So, bak kata haifa, aku bersyukur dengan takdir yang ditentukan ini. Heheh. Jazakumullahu khairan jazak ibu dan abah!


Sunday, July 12, 2015

rindu


Sungguh,

Aku merindui saatnya untuk aku kembali lapang untuk membaca buku luar medik kembali,

Menghidu bau-bau kertas coklat lama, menyalakan ayat ayat motivasi dan kesedaran;

InsyaAllah, sikit je lagi. Akan sampai masanya untuk kau diuji dengan benarkah-kau-ingin-mengisi-masamu-dengan-membaca. So sementara ini bersungguh-sungguhlah dengan medical books and al-quran. 

Sikit je lagi.

Saturday, July 11, 2015

What goes around comes around


Just some sharing. Again bahasa yang saya guna sangatlah rojak.

Start from tahun lepas mmg sangat mahu ke tabarro' project but tak diizinkan tahun lepas sbb dah balik msia, and this year when hearing diorang nak buat lagi rasa so "Yeah! Aku kena join!" Then, updates came telling it'll be held today, which i have exam esok harinya. Rasa macam..hmmm takde rezekilah.

But i keep on thinking,

To some extent, rasa cam tepu sangat baca ENT, so kita buat azam utk jadikan pergi ke program ni cam azam utk lebih kuat prepare lah utk ke exam.

So days go by, akhirnya sampailah kepada hari ini, 10hb Julai 2014.

I still read and do some exercises till the last moment before syantah distribution happen; even in the bus. Walaupun hari sebelum tu dah azam, aku kena baca pulun malam ni, esok petang aku nak pastikan tak perlu dah bukak buku. Tapi semasa hari kejadian; dalam hati duk pikir, banyak lagi aku tak prepare utk esok ni. Buat mcq, soalan makin lama makin susah tak macam final year questions. Lots of guilt playing inside me, tapi layan dan tajdid niat je.

Then berlangsung lah program. Start dengan sharing, then after asar kami berpecah kepada 2 group. Satu edar shantoh, satu lagi bersihkan kawasan sabie. Team shantoh pulak bahagi lagi 2; satu ke asyir, satu ke duwaiyah, abbasiyah. (Kwsn kubur tu).

Dalam otak sgtlah fokus nak tabarro'+exam sampai lupa semua benda. Phone, duit, camera, takde. Just buku dan some doa stickers yang nak di distributed. Dan kerneh serta passport in case of emergency.

And then masa nak balik kak husna cakap dengan saya yang dia plan untuk stay di sabie dan terawih di sana bersama kak lily; and they suggested me to balik dulu sementara masih cerah. Ketika itu kami masih di duwiya', mengagihkan makanan utk homeless. So saya pun cakap "okey." 

Time nak balik tu mencari bas straight ke sayyeda zainab but tak familiar langsung dengan kawasan duwiya' tu, so tanya la beberapa tabarro' members camne nak balik sayyeda. They give me few suggestions, then saya cakap "fine, orait boleh gerak sendiri. Kot. Cuba lah."

Tetiba ada kawan insist nak hantar even  time tu dah nak dekat waktu berbuka puasa; dan dlm otw tu baru perasan betapa unfamiliarnya diri ni dengan mesir sepanjang jalan tu, first time ke mahattah hussein, gi ramsis from hussein, lalu attabah versi lawa. Siyes tak pernah lalu, tahu jelah ada mahattah hussein but today is my first time there.

Dan otw tu jugaklah adehh, baru perasan phone takdak, duit pun takdak. Baru ingat nak belanja kos jalan sebab kita dah susahkan orang kan. Terbalik pulak jadinya. Err. Nasib baik ada kawan. Kalau jalan lone ranger tadi mmg la berhenti tepi jalan je.

So, overall banyak sangat benda yang belajar daripada hari ni. Prefer list dalam point so that nampak sikit, buat peringatan for future:

1. First time dengar org bagi talk pasal charity yang truly charity; bukan sbb jemaah suruh, bukan sbb nak tolong ahli batch, bukan sbb yang ada kepentingan; just nak BERI. Thanks for members dari Yalla Charity Organizations, and The Pelangi Project utk sharing ni. Need to become one like them.

2. Masa jalan dengan kak Aqmar, dia tanya saya, "siapa akhawat dpn ni eh, lupa nama dia." Saya pun macam "entah, tak sure, tak sembang dengan dia." Kak Aqmar punya reply yg mmg menusuk sangat; "Eh mana boleh awak kan cairo, dia oun cairo, mesti la kena kenal, kitorang kat alex kalau boleh kena kenal dan sembang dgn semua org." (Akhawat tu student azhar)

3. Masa bagi shantoh; kak Husna share, "Dalam kelas hadis kami belajar, orang yg faqir ialah org yang berusaha mencari rezeki bukan tunggu suap." So kak husna insist on cari org2 miskin yang still bekerja keras even dah nak masuk waktu maghrib utk diberi shantoh iftar.

4. Makcik2 yang sangat ramai ajak kami iftar sekali walaupun keadaan mereka saat dhaif. Duduk kat kubur sekitar abbasiyah tu, wonder gak diorang keje ape kat situ.

5. Kak lily yang semangat cari ayat quran everytime penyampai kat depan sebut mana-mana ayat, pastu dia toleh belakang tanya kitorang "ayat mana tadi tu eh," dan kitorang "Hmmm hmm ade tu ayat tu pernah jumpa," *google*

6. Kitorang duk semangat bagi shantoh kat org, tapi Allah balas directly with the same thing bila ada orang lain pulak dalam kereta bagi kitorang wagabah. Dah la suruh tiap orang ambil satu (paksa ambil jugak), mashaAllah. Habis jem jalan sbb diorang stop tengah jalan.

7. Member tabarro' yg insist nak hantar sampai ke akhir walaupun dia kena patah balik ke sabie sbb kami ada bukak puasa bersama dan sharing. Pastu sbb kite takde duit dia hulur 10 genih (sumpah malu sgt time ni rasa loser habih, susahkan org berganda2); bila nak bayar balik dia sebut "Duit Tuhan, kite pinjam je." Yep everything ours today is not actually ours kan. Fuh mmg terkesan part ni sbb skrg tengah tamok nak simpan duit. Luls. Kena tegur directly dengan Allah.

8. Dan pakcik2 arab yang keep on baling kurma masuk tremco sepanjang jalan nak ke ramsis. Skill yang superb.

Itu sahaja, semoga hari ni menjadi hari yang berat timbangannya di sisi Allah. Yep bak kata penyampai tadi, puasnya perasaan buat baik tu!!! Waaahhh.

Puas sangat sangat sangat.
Kita tunggu pulak next project 13hb ini~

Esok exam ENT final. Mohon doa semua.

#10FinalDays #iklimsyurga

Pesanan penaja: jangan selalu jugak buat begini, takut makan diri pulak. Buat bila yakin, dan fully prepared for it. Mak saya selalu pesan dulu masa kita sibuk sangat dengan hidup universiti, bukan tak boleh  buat extra curriculum works, tapi kena bersungguh2 bersedia dan sacrifice masa2 lepak kita utk mencapai something better.

Saturday, July 4, 2015

Funny yet that's what make Egypt, Egypt



Assalamualaikum

So today we should be going for fortox oral exam; and we did go, but stopped halfway by the wave of our batchmates seen coming out from the university gate, shouting "Weh, dah habis. Dapat full marks!".

I was like "Series ah!"; and really fell into that because some of our arabic collegues said the same, the doctors are cheerful, kuwayis awiy and ready to give the students full marks despite of wrong or inaccurate answers given. 

And then other friend said, "No lah, takde exam hari ni. Jadual kita esok."

Now i see.

No need for other disagreement, this is what make Egypt; Egypt.


................................

Some other side story.

Yesterday there's iftar party at madinat nasr. I was keen to go but there's exam on saturday and that hesistates me to go, eventhough i already informed myself that i will never able to study from 6pm-10.30pm. The mood just not coming. Then hearing aisyah willing to go there with kak lily --pumped my spirit to go along! Horray!

Ps: Pardon my english, seems it turns more 'parah' towards the end. Please bear with me.

Everything went smooth until its time to go to mosque for terawih prayer. My pre exam depression syndrome give a knock. I felt very unmotivated so i asked my fellow usrahmates to lift my spirit up.

They did.
And it was beautiful.

As a return, i felt so exhausted that i slept from the moment of terawih till late in the morning (after subuh i ran for bed again), i didn't study neither revised much and; just go for exam, and things happen.

When i went home, kak tiqah zul messaged me and ask about the exam; so i tell her the story, and her reply was;

"Tu la Allah nak kasi can study lagi."

Mebi ada antara2 doa semalam yang termakbul. I think so.

So dalam masa yang ada ni jom lah kita study k. Tak layak nak futur dalam benda yang menjadi medan amal kita. Kata nak jadi dokter hebat yang menjadi asset untuk dakwah?

Sekian.









Thursday, July 2, 2015

#Thought 1

Macam mana ye,

Nak bagi content hati semua orang?


Essence


 This cutey nama dia absar, because he always observe what ppl doing


Assalamualaikum

Ramadhan means a lot to a muslim. When ramadhan was just arounds its corner, muslims would turn on their soleh mode, start to muhasabah, plan what should he do in order to maximize the whole month.

And of course, not all people are going to get the same opportunity (read: kelapangan). For example; my mom, she herself did never enjoyed full terawih at mosque like everyone did since dzorif was born. And also solat raya. As she always busy during the day. Im the only daughter and our big family lack of girls so why these things happen. We are super busy on syawal morning. I didnt feel anything since i bukanlah rajin pun nak ke masjid every night but my mom, she's different. Having full terawih at mosque is like her dream since ever.

And when dzorif turns six, she really do that, macam rasa bersyukur gila penantian dia selama ni telah berakhir.

What i learn from her is, mencapai kenikmatan ramadhan tu bukanlah dengan melakukan amalan2 dahsyat yang orang nampak besar macam masjid hopping tiap hari, dll tp ialah based on sejauh mana indulgence kita dalam melaksanakan ibadah itu, dan bagaimana ia eventually mampu mengubah kita, menjadi insan yang lebih baik bila ramadhan berakhir.


Ok tu je perasaan hari ini. Sekian.

Tuesday, June 30, 2015

Jangan menyesal

Salam ramadhan

We humans, often hear about the phrase of "keep doing your best", "Don't ever give up", "Chase your dream", "YOLO", all of them really motivated us to be someone, and keep establishing the best artwork that we can give to this world.

But,

It just today, NO, this week, i was disappointed with myself whom cannot be disciplined enough to achieve what i want.

How to be a great person? Haih

Tuesday, June 16, 2015

...melemahkan, ya, melemahkan untuk buat maksiat

Assalamualaikum

welcome to Earth, Ramadan

Those words above in the title adalah pesanan yang paling terkesan sekali semasa duduk duduk santai bersama akhawat dalam Ihya Ramadan kali yang lalu. Kak Anis berpesan,

"Ramadan ini seharusnya bukan bulan yang melemahkan semangat kita untuk bekerja, tetapi melemahkan keinginan kita untuk buat maksiat."

Ouch, segannya. Masa kami sama sama tengok video productive ramadan tu pulak, ada satu part dalam video tu tunjuk contoh seorang muslim productive (warna oren); he's working dilligently despite of going through fasting moments, yet putting a sign 'Ask me anything about Ramadan'.

Selalu masa kita puasa sunat (especially), kita selalu buat muke jangan-kacau-aku-boleh-tak-aku-lapar kat kawan-kawan kalau diorang nak mintak tolong ke, buat ape ape ke. Aiseh, tak tahu la kalau orang lain tak buat, alhamdulillah sangat Allah lindung, but sometimes I am. Wuwuwuwuwuuuu.

So, there's a lot of things need to be improve, and starting this Ramadan, I have lots of things to be implemented within me. Wish me the best, may Allah ease.

Sekian


Monday, June 15, 2015

Last words from mereka.

Assalamualaikum
[Amaran: Ini post rojak. Aloh cam tak biasa je kan]

Being an only junior in my house; and a life surrounded by the so-called-people that are serving their best to change us externally and internally towards a better person (akhawats) really makes me fortunate as i got a lot of words from them as some sort of 'momento' before they going back.

Especially when most of the advices are quite...the same? Err that proven that im so obvious and easy to be read/ i have a particular problem that annoys everyone so much. So let's write them here nanti next time kalo baca jangan buat-buat lupa ye saya.

1. Be serious
Mostly cakap benda yang sama kat saya. Bukan be serious yang jangan gelak-gelak atau jangan lompat-lompat tu, tapi be serious with your own life and dreams. Ada sorang tu cakap, "Akak nampak awak ada keinginan dan impian, tapi macam tak bergerak je." Opss.

2. Common sense
The things that paling saya tak ada. Common sense is something built inside a community, what is common to that particular community being held up as a sense between and within each people in the community. But saya takde common sense dalam things bersahabat kerana Allah, mungkin kerana itu, so thanks kawan-kawan for showing me the light. InsyaAllah, perkenalan ini menjadi momentum untuk kita lebih menghargai perasaan ukhti sekeliling kita.

3. Lebih sodiq
Sodiq dalam berkata, menterjemahkan segalanya kepada amal

4. Jangan selfish
Jual benda lain boleh. Ikan takleh.

5. Move as a team
Kan. I know i deserve this nasihat. T^T


Sunday, May 17, 2015

Random #2

I find its hard to breathe
As everyone is so selfish of themselves

And it got harder to breathe
As it was me who are even more selfish


Adakah tersisa untukku bahagian dari kata-katamu, ukhti?

Assalamualaikum

Recently baru sahaja menghabiskan satu buku yang sangatlah power -Dalam Dakapan Ukhuwah. Power sebab kena guna full concentration nak baca supaya point-point atau cerita-cerita yang diutarakan oleh penulis sentiasa bergema-gema di dalam otak dan hati. Supaya dapat kita menterjemahkannya menjadi amal.

Supaya sentiasa terbuai mahupun tersemangat dalam kata-kata yang memberi sinar ini.

Di sini suatu puisi yang amat menyentuh jiwa. Sungguh aku teringat pada ukhti-ukhti yang selalu menyelit semangat di mana sahaja setiap masa. Aku rindu zaman itu.

di satu lepas maghrib aku rindu
pada saudara terkasihku
kukirim pesan kepadanya
“akhi, adakah tersisa kata untukku hari ini?”
dia menjawab, “doakan aku akh..”
kujawab, “selalu akhi, insya Allah. Adakah kau pun mendoakan kami?”
“insya Allah,” jawabnya lagi.
aku tersadar telah melupakan sesuatu.
lalu bertanya lagi.
“adakah pinta khususmu,
yang kau ingin kami memohonkannya pada Allah untukmu?”
agak lama ia menjawab tanya kali ini.
lalu setelah isya tertunaikan..
“lembutkan hatiku. ampuni dosaku. perbaiki amalku.
aku merasa hati ni keras. Keras sekali.”
malam kian larut
menjelang istrahatku, sekaligus
mungkin juga saat ia sedang sibuk-sibuknya
aku mengatakan sesuatu
yang lebih tepat ditelunjukkan pada diriku
“ketika Sa’d ibn Abi Waqqash minta didoakan agar doanya
mustajabah, Rasulullah bersabda kepadanya, “bantulah aku hai Sa’d, dengan memperbaiki makananmu!’
“ketika seorang sahabat lain minta didoakan agar bisa
membersamai sang Nabi di surga, beliau bersabda kepadanya,
‘bantulah aku dengan memperbanyak sujud!’
“akhi sayang, doa kami jauh sekali bobotnya daripada doa Sang Nabi.
Hingga jika beliau saja meminta agar para sahabat-sahabat yang
didoakan membantu doanya dengan ikhtiar mereka, maka
harapan kami akan ikhtiar Antum yang berlipat-lipat akhii…”
“iya kan akhi?”
dengan gerimis, lalu kuhayati firman Allah yang kusampaikan padanya
“beramallah – berikhtiarlah, maka Allah , Rasul, dan orang beriman akan melihat amal kalian.” 
“teriring doa kami selalu, semangat akhi!”

(Salim A. Fillah, dalam buku “Dalam Dekapan UKHUWAH”)

Thursday, April 9, 2015

Perasaan Tuhan ada di sisi

Assalamualaikum


Kelas semalam ustaz menyimpulkan dalam hal yang berkaitan lelaki dan wanita, akan hilang akal dan agamanya. Oleh kerana itu jika kamu sampai ke situasi itu, maka BERHENTILAH; tanpa fikir sebelum meneruskannya.

Just STOP.

Kerana bahana yang bakal datang selepas itu, tak akan mampu diberhentikan melainkan dengan iman yang mampu terngiang di telinga kita. Tak payah fikir sebab, pro cons dan sebagainya. Berhenti sahajalah. Kerana seburuk-buruk maksiat ialah maksiat yang dilakukan bersamanya akal.

So then aku terfikir lah beberapa jahiliyyah yang aku selalu main tarik tolak selama aku hidup ni. Why not just ask myself to;

"Stop, dah jangan fikir or sambung. Do another thing instead."

Kerana yang sentiasa bersama kita itu dua malaikat pencatit niat dan amal kita serta Tuhan yang Maha Melihat segala-galanya; yang berada lebih dekat dengan kita dari urat leher manusia itu sendiri.


Susahnya. Nak jadi orang beriman. Hmm.

Tuesday, April 7, 2015

Exam ophthal done

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam selamat meng-accomplished-kan exam end round ophthal. Walaupun takdelah ok sangat tetapi just redha jelah dengan apa yang Allah sediakan untuk kita. Mungkin lebih banyak boleh kita pelajari dan muhasabahi daripada kesilapan-kesilapan yang berlaku semalam instead of asyik merungut dan menyesal tak tentu hala. 

Dan lebih mencontohi rakan sorang ni. Dia masa habis je exam ophthal, terus ke library untuk revise commed.

Dan aku pun perlu start nak buat jadual belajar untuk final exam.

Di samping menyudahkan segala hak bacaan tarbiyah yang belum tertunai habis. Lalu keluar daripada kelemauan ini.

Mari mari. Bersinarrrrr.

Wednesday, April 1, 2015

Dia dia lah, kita adalah kita.

"Are you scared of the things that they might put you through?
Does it make you wanna hid the inner you?"



It's like been forever since I last make a presentation in a big number of spectators. Back in my primary schoolhood I was an active child, always offering myself forward to answer any questions or make any speech. Even I volunteer myself to enter many kinds of public speaking competitions; whether in sekolah kebangsaan or sekolah agama.

I remember once in grade 5, mid of june or earlier than that i think.

My Bahasa Melayu teacher was searching for someone to become a speaker for public speaking competition representing my school. So I immediately ran to her, offering myself to become one. However my teacher had set her eyes on Adibah, who was petite but having a strong-firm voice; which was just right for being a public speaker. Thus, I was placed as a emergency-replacement girl in case anything happen. But it's okay since I obtain the golden opportunity to join all the practices that Adibah went through.

But Adibah actually didn't interest much in becoming a speaker.

The thing I remember then is; later, I was the one who stand up on the stage as the representative of my school. I practiced a lot in front of mirror, everyday, every and each time. Either by myself or with my parents. So the first round of the public speaking went smooth. But the second one I slipped my tongue and became blank on the stage. Instead of giving a proper lengthy speech, I just uttered "Sekian terima kasih" and went down with a blank mind.

Since that I got extremely nervous whenever I'm about to come forward. If I speak, I turn stutter. I lost my confidence as a speaker. Im unable to arrange my words well, not to mention to generate good ideas nor debating in front of many people.

In my secondary school, i became completely pessimistic; and having double personality, a cheerful one when i'm in my comfort zone, and a passive un-confident person in things that need my responsibility and liability.

Me now is completely different from who I was in my childhood years.

................................................................................

Macam so sad lah pulak. Haha.

Then i enter university, I met with lots of great people, and learnt a lot of new things about life. Knowing that people will be counted/valued in the Day of Judgement with what they do and not what they speak make me more confident. Sort of.

..................................................................................

And last Monday we have to make a presentation on ophthalmology; in front of our professors and colleagues. I shivered a lot as time felt like passing so fast that suddenly my turn came up. Before I came in front, it was Fikri and Hanafi presenting with their great fluency and confidence; wearing smart suit and having great presentation slides.

So I said to my team members;

"Alamak cuak lah, Fikri ngan Hanafi ni terel sangat. Kite mana pandai cakap power macam diorang. Macam mana niiiii."

Pouting my anxious face. Haih. Rasa macam nak lari tau time tu.

But Noha said to me something suprising. Asyireen beside her nodded her head, agreeing with what Noha said.

"Ala, kenapa nak bandingkan. Dia dia lah. Kita adalah kita. Buat apa yang terbaik yang kita boleh buat. Tak payah fikir diorang."

I stumbled with those words. Yeap, for what reason I need to compare myself with them? I also, have my own quality. Just do the best and put the rest with Allah. No need to be down. It's you yourself that make things worse.

Jadi nabila,

Jangan banding
Jangan banding
Jangan banding

Jadikan yang hebat sebagai motivasi untuk kata anda mampu. Bukan untuk merendahkan.

K thanks Noha, thanks orang lain. Actually it's not just Noha said those things to me, kakak2 rumah dulu pun selalu je cakap benda yang sama. Cuma kita je yang selalu choose nak mencangkung di saat kita mampu menebarkan sayap untuk terbang.

Ok, thanks.

Nanges.

Tuesday, March 31, 2015

If you want to change the world, you have to change yourself first

Assalamualaikum

End round exam is just around the corner. As someone who are responsible for this course representing my friends, I really hope for the best for my batchmates. Hoping that them can understand all part of ophthalmology; from the start till the end. But, if me myself don't understand this subject much, how can i just expect my friends will?

You can dream a lot but if you don't move then it'll just a dream.
I have to study more for the sake of my friends and myself.

And of course for Him who always seeing.

:)

Sunday, March 29, 2015

Of Duit

Assalamualaikum

Bercakap pasal duit,



Susah rupanya manusia ini bila berbicara soal duit. Masing-masing akan jadi makhluk lain. Sebab currently tengah dalam fasa "so much to do but so little money in my hand."

Cerita pasal perkongsian daripada step yang lepas. Saya ditugaskan sebagai photographer yang menjaga bahagian dewan sepanjang majlis berlangsung. Nak kata pakar tu takde lah kan, sangat beginner dalam dunia photography, tapi nak jugak usung dslr tu ke sana sini. Oleh kerana itu, sepanjang majlis fokus utama kami bukanlah kepada pengisian ustaz, kecuali pada masa-masa yang cengkelat ke belakang untuk bersantai dan dengar slot. Huhu.

Takpelah, ni'ma ajru 3indallah. Sebaik-baik balasan ada pada Allah.

Banyak benda jugak sebenarnya terkesan daripada sharing ustaz walaupun mata dan badan melilau ke multiple tempat. Ini adalah antara point yang tertulis dalam buku saya:

Slot 1. Adab Penuntut Ilmu dan Cabaran Semasa.

1. Through slot yang ustaz gerak laju je ini, peserta didedahkan dengan 9-10 adab-adab sebagai seorang penuntut ilmu, dan yang paling penting opkos lah niat yang baik.

2. Perjuangan menjaga niat bukanlah perjuangan yang sekejap tetapi sampai ke hujungnya. Pertarungan yang tidak pernah habis melainkan mati. Ni paling dushh sekali since banyak kali je go through zaman-zaman ingat macam nak letak amalan tu antara kita dan Allah je, tapi selepas berapa hari/minggu/bulan/tahun, terungkit pulak. Habeh hancur lebuh.

3. Ihsan dan professional. Dalam kita memberi huraian atau pandangan terhadap sesuatu perkara, penting bagi kita untuk tidak melimitkan skop kita dalam batasan-batasan tertentu. Sebaiknya pandanglah sesuatu itu dalam bentuk pandangan yang luas. Kerana itu kita perlu banyakkan guru dan banyakkan bacaan, yang kalau boleh, datang dari sumber asalnya. Dan ambil lah mana yang terbaik yang berada antara mereka.

Usia yang muda ini adalah masa yang terbaik untuk kita terus belajar dan mengkaji kerana pengalaman dan input yang kita dapat pada hari ini akan menjadi guideline kita semasa di hari matang kelak.

Jangan pernah lompat dalam pengajian, kalo tak cane nak paham secara sebenar. Sebab itu perlu istiqamah dalam menuntut ilmu. Kalo amek sikit2 takut tak dapat fahaman yang betul dan akan lebih menyesatkan diri kita dan orang lain.

4. Time management. Ini adalah benda yang manusia paling lemah sekali. Masa banyak habes kat upload dan update laman sosial lagi daripada menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya.

5. Amalkan ilmu

6. Cari rakan yang mengajak kepada perdebatan ilmu, barulah pengetahuan kita bercambah. Perdebatan tu bukan lah maksudnya bergaduh, tapi berbincang secara sihat dan bertukar pandangan dan pendapat. Sejuta kali lebih baik daripada sembang gosip.

7. Sabar dalam menuntut ilmu. Huh, susah.

8. Adab dan akhlak, perlu dijaga. Dengan guru pun sama. Tapi bukanlah membataskan kita, terutama dalam soal ilmu dan perbincangan. Even Imam Syafie pun mempunyai pendapat yang berbeza-beza dengan guru-gurunya dalam soal ilmu fekah.

9. Tawakkal

10. Menghilangkan amal-amal buruk. Yang umpama ulat yang memakan ilmu dan amal-amal baik kita.


Kejap je ustaz bagi slot ni, 20-30 minit cenggitu tapi cukup mendushhkan hati. Dengan susunan ayat yang baik, even benda cam niat yang selalu ditegur dalam liqa-liqa pun terasa lain ruhnya.

Ok sambung nanti sebab dah nak pergi sekolah. Kbai


Sekian

#STEP3 #justduit #smorangtuliskatfesbukkitatuliskatsinije

Tuesday, March 24, 2015

Senyumlah sikit, weh

Assalamualaikum

Being myopic sometimes make you wrinkled a lot. Power yang acapkali naik mendadak telah menyebabkan mata saya seringkali menjadi penat dan panas walaupun baru menjelang jam 12 tenghari. Terutamanya pada hari-hari kelas (weekdays). Rupanya mata pun macam mesin, bila dia digunakan lama sangat dia akan jadi panas dan perlu rehat.

*Bila power lebih tinggi daripada power spec, kita punya ciliary muscle kena buat extra work untuk capai accomodation dan untuk melihat sesuatu itu dengan lebih jelas. Sebab tu mata lebih cepat penat dan kadang-kadang rasa pening.

Ditambah pula dengan riak wajah yang susah nak senyum sebab bibir terlampau kering dan terbelah. Pastu hemorrhage. Jadinya senyum cakap pun tahan-tahan. Err. Dua kombinasi ni membentuk muka yang savage, ruthless, beast, scary dan sebagainya. Haha.

Hari tu dalam kelas case ophthalmology, ada seorang makcik ni memang ada smiling face all the time. Bukan setakat smiling eye macam yang Tiffany dengan Sulli ada tu, tapi ni memang muka-muka sekali senyum setiap masa. Aduh, cair tau. Rasa tenang je tengok muka makcik ni.

She was admitted to hospital due to having nuclear cataract.

Dan saya belajar sesuatu yang 'lebih hebat' daripada beliau selain daripada nuclear cataract. Tunjukkan muka terbaikmu pada setiap masa. Bukan kerana manusia tetapi kerana Tuhanmu.

Sekian.

Friday, March 20, 2015

Of Raqaiq

Assalamualaikum

16112013
Tarikh masuk ke Raqaiq

17032015
Tarikh pindah ke Muntalaq

Setakat empat tahun hidup di Mesir ini, this is the fourth time saya pindah rumah. Bukan sebab gaduh dengan rumah lama, bukan sebab harga sewa naik apa semua, tapi sebab nak mencari dan meningkatkan diri (menjadi tinggi sampai ke langit lol). Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, kerana telah dipermudah semua urusan oleh Allah, lebih lebih lagi dipermudahkan part hati untuk terus belajar dan menerima suasana baru acapkali bergerak.

So, post ini dibuat khas untuk reminiscing memories I've got throughout life in Raqaiq, from start till the end. Kak rai selalu kata saya ni jenis selalu lupa dan tak kisah dengan keadaan sekeliling, maka untuk menjadi seorang yang mampu menjaga hubungan jarak jauh/mengingat memori lama dengan baik adalah sukar bagi saya.

Jadi mari membumikan kisah-kisah dan perasaan yang mahal itu di dalam post ini.
Semoga Allah pelihara cinta yang bertandang antara kami di rumah yang sangat kami sayangi itu.

Raqaiq

--maksudnya pelembut hati. Rumah ini dah lama dah ada, sebelum saya pindah ke sana lagi. Namanya diberi atas sekuel buku Muntalaq, karya Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, seorang tokoh fiqh dakwah Iraq yang sangat mahsyur dengan karya-karyanya yang menggegar jiwa. Kak Nisa pernah cakap, kenapa penulis tulis buku Raqaiq, ialah kerana buku Muntalaq ialah some sort of motivation untuk kita bergerak. Then sekuelnya Raqaiq mengajar kita untuk retract balik fitrah asal kenapa kita menjalani kehidupan dalam landasan DnT.

Supaya tidak ada istilah 'gila dakwah, hati kering.' Which phrase yang selalu menjadi sebutan akhawats tatkala dah lama dalam dnt dan buat macam-macam kerja dakwah. Usrah rasa tak basah lah, naqibah tak best lah, penat lah, ect ect. Even me once felt that, even seawal 2 tahun dalam dnt. BARU 2 tahun. Haih. Keje pun tidak, ada hati nak rasa penat. Masih banyak lagi perkara yang perlu diperlajari.

Balik kepada kisah asal, jadi, awal tahun ketiga di Mesir adalah antara moment-moment yang penuh konflik dalan diri saya. Ketika itu, ramai kawan-kawan yang balik ke Malaysia untuk meneruskan pelajaran di sana, akhawat ramai dah takde, DnT yang berterabur sikit sebab pengolahan semula sistem dan tanzim, dan...saya yang rasa nak pindah rumah xD. Out of nowhere. Sebab; macam takde sebab je nak pindah. Ansar has been a great place for its 6 members, rasa seronok sangat duduk situ. Sebab terkuat yang ada ialah nak pindah sebab melihat kekosongan beberapa RI yang ada umpama makanan yang tidak boleh ditolak tepi.

Indulging!

Lebih-lebih lagi bila muntalaq ada satu kosong, menyebabkan diri ini berimpian besar nak duduk di situ. Tetapi, takdir Tuhan lebih kuat, RI yang boleh offer saya masuk hanyalah raqaiq ketika itu. Menangis dengar.


Sambung kemudian

Monday, March 9, 2015

Kemanisan Iman

Assalamualaikum

Usual routine on saturday night, we gonna have a class among akhawats, discussing on selected books. This is what we call as 'bedah buku' as we're going deep on each words stated in it to get the full understanding of what the author wants a reader to grasp upon reading such book. And the things that i like the most is when each of us share about her opinion or extra notes or experiences that they got before and indulge/integrate them with the book's content.

So the last saturday is the day when i was moody enough to put people around me under tension. Haha. But the class begun as usual, and i came a little bit late that it spoiled my mood to some extent; but anyhow let's just enjoy today's lesson.

Kak Ainin was the one being the presenter on that night. So her soft decent voice somewhere melts my hard-cobble-stoned heart that i started to pay attention. I keep giving myself a whisper "nabila, tajdid niat, tajdid niat." It was not long from the beginning of the discussion when kak Ainin suddenly called my name, "nabila, boleh tak awak share sikit macam mana perasaan lazatnya kemanisan iman tu."

Shocked. A lot.

"...Awak mestilah pernah rasa kan. Entah-entah banyak kali." Her face blossomed with a smile...

..while me, pouting a face like being chocked by something big --a monster. Peluh besar nak jawab. I hate this kind question upon times like this. But all of the akhawats already turned their face towards me; then i need to answer it.

"Errr..

"Manisnya iman tu feeling dia macam kita rasa seronok sangat dengan Allah tu. Rasa energetic sangat nak buat ibadah tu, ye la, sebab kita rasa seronok, rasa happy."

And as the words going down I feel like i'm stabbing myself with an arrow. Multiple times. Haih.

I guess Allah loves me so much that He always put me in this kind of situation. Really hope that He'll never turn Himself back from me and leave this terrible awful horrible kind of servant by herself.

Sekian.



Kerana Aku Juga Manusia

Assalamualaikum

These few days were tough on me. Basically i don't know what happen or what's so big being burden on me but my head bluffed with stuffs. I even cannot overcome myself; un-guiltily throwing tantrums on others. May Allah bless them for having such patience enduring hard times with me.

I hate the title, but I have to admit it.

Because i'm a human.
And i'll bleed when i fall down.

Tuesday, February 24, 2015

Beautiful women

Assalamualaikum

I have encountered a lot of good people in the world; especially since I came to Egypt. They are too good, too wonderful. And no one as bad as me, yeah I'm sure I am the 'wickest' among all as I know all the things playing in my heart each and every then.


Of course I don't know what plays in their inside but apparently they are blooming themselves, stunning me with all those beautiful akhlaqs. It's like, macam boleh jatuh cinta laa dengan mereka for they are amazing people. How they are so polite, never say no to others especially the ones concerning the needy ones. Never hesitates to allocate their precious time for others, always smiling, and I never once see them without al-quran in their hand,

I once wrote before, how strong imaan inside is like a really tough tree, in which the roots went deep inside the ground, attaching itself firmly on the earth. While the upper part of the tree went up high crouching the wide blue sky. And lots of branches grew out from it. All these kalimah potraying a good big steady and stable tree. That's how a good imaan is. And in DDU, Salim A Fillah remind us not to forget the continuation of that ayah "..........(pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu seizin Tuhannya, ..." (14:25). Yep, this time we will talk about the fruit.

As written in Muntalaq, an imaan should be fruitful. As what a tree does. A fruit is one of the benefits that people gain from a tree. So, a good mukmin should show his 'fruits' so that others will also 'terkena tempias' imaan too.

And the fruit is akhlaq. If it isn't shown on figure of a mukmeen then it must be something wrong happened here.


Hmm thus, my calculation will go this way;

Iman=akhlaq
If someone good, means the akhlaq was good.
So someone with good akhlaq should be a good servant to His God.

Or,

When someone enters tarbiyyah, should be his imaan got nutured and increased, by time
So as the iman got bigger, then the akhlaq comes in
People of tarbiyyah are wonderful inside out


Err of course lah, those above words are too ideal. People are not perfect.
Also in DDU, Salim A Fillah also explains how iman=akhlaq wasn't having cause-effect relationship. In contrast, akhlaq is something a muslim should 'juhd' for. Fight for. It needs training, it needs enthusiasm, spirit of not giving up, a strong will, ect.

Which, all those strong desire to change and become better comes from imaan itself.
Allah is the best reason for us to having a mukmeen's virtue as "Innallaha jamaal, wa yuhibbu jamaal"

"Allah is Beautiful and loves beauty"

May I become as decent as those whom near to Allah :) Ameen.


After all, this is my new goal in #roadtobecomeakhawat xD
Sekian.

Monday, February 23, 2015

Discrete

Assalamualaikum

It had been two weeks since our new round Ophthalmology round started. And we really learn a lot, although it just going around three chapters. Sebab penciptaan mata manusia tu yang memang unik, kecik, but has ultimate power and function. So it has complex structures, dan any masalah, infections, trauma, melihatkan all those tiny thin layers akan menyebabkan peenyakit yang pelbagai. Power sesebuah mata tu bukan hanya bermaksud bila boleh keluar laser dari mata, tapi untuk melihat tu sendiri sangat memerlukan kepada ketelitian yang tinggi. Lagi2 mata kita ni kecik je kan, tak guna bateri pun tapi boleh last long compared to camera lens yang actually tak mampu pun untuk ambil gambar secantik tangkapan mata ciptaan ilahi. So the normal eyes themselves are powerful enough, boleh masuk dalam list Seven Wonders of The World actually.

And I wonder lah macam mana kalau mata yang cantik ni dicampak jauh ke dalam api neraka kerana dosa pemiliknya?

................


Friday, February 20, 2015

A thousand years

Assalamualaikum

Berlalu lagi satu minggu yang hectic. Sejak duduk dalam DnT ni memang tidak ada satu minggu pun yang dirasakan kosong, yang jenis tak-tahu-nak-buat-apa. Jika ya pun, semasa bermula cuti summer/akhir cuti summer. Sebab, sentiasa ada benda yang hendak difikirkan, sentiasa ada orang yang hendak dimuayasyahkan, sentiasa ada buku yang perlu dibedahkan. Cuma satu sahaja benda yang berlaku normally is, keengganan kita nak mensyaghalkan dan mendisiplinkan diri untuk melaksanakan semua perkara tersebut sehabis daya kita. One thing yang saya rasa kena ambil port (ambil berat). Kebiasaannya, benda tu akan tangguh-tangguh sampailah ke masa hujung sekali di saat semua benda kena submit. Lepas tu keluarlah segala jenis keluhan berbentuk raksasa. Huwarghh.

picture credit to a website

Kenapa tajuk macam tajuk lagu nih? Sebab tengah pasang background music guitar fingering lagu ni. So layan jelah ye.


So what should you do if ada problem yang sama macam ni? Senang je, it just: TRY MAKE YOURSELF DISCIPLINE AND BE RESPONSIBLE UPON ANYTHING YOU INVOLVED IN. Bangun, Allah sendiri cakap dalam KitabNya, "Berangkatlah dalam keadaan ringan mahupun berat." So you have to do it. Dan along nak buat kerja tu memang la kadang-kadang susah, sebab macam-macam cabaran mungkin bakal keluar umpama raksasa yang menunggu di tepi jalan. Jadi, just be positif dan cari support system yang boleh motivate kita along the way, okay?

Dan yang paling paling paling penting, jagalah mutabaah amal sebab antara sebab terbesar kepada kemalasan itu mungkinlah syaitan yang ada kat kanan kiri depan belakang atas dan bawah kita, yang tetap setia sejak azali nak deviatekan kita. Even untuk bangun tidur pun diorang boleh kacau, apatah lagi dalam benda-benda besar yang kita perlu selesaikan. Mohonlah pada Allah perlindungan daripada mereka, dan selamat menjadi orang yang baru setiap hari, yang lebih baik daripada sebelumnya!


Sekian.

Saturday, February 14, 2015

Terbang

Assalamualaikum

Seminggu telah berlalu sejak cuti winter untuk tahun ini. Dalam seminggu itu juga, macam-macam benda telah berlaku. Exam commed yang lepas membuatkan aku merasa perlu untuk mendapatkan suasana baru. Aku sekarang berada dalam kondisi lemau yang teramat. Perlu keluar daripada kepompong ini.

Cuti yang lepas, aku, usrahmates dan beberapa akhawat dari azhar telah berjaulah ke United Kingdom, Europe selama 9 hari, in which jaulah ni cukup membuka mata aku tentang apa ertinya hidup dalam gerabak DnT yang sangatlah luas ini. We don't need to be confined in our own pemahaman je. Rasa jumud sangat sebelum ini untuk melimitkan capaian dakwah ini dengan indikator2 lalu, dan lebih masalah lagi ialah bila kita stuck dekat our own weakness dan tak mahu bergerak keluar darinya.

Cam, tahu ada masalah tapi tak fokus pada strenghness, then tiap kali muhasabah mesti akan picked-out problem yang sama je. Berada bersama akhawat UK juga membuat kitorang sedar dalam semangatnya kita berdakwah, tarbiyah adalah nilai yang tak pernah boleh tolak tepi. In fact, itulah sebenarnya modal dakwah kita. Allah, RasulNya, dan agama ini. Kepada Allah kita menyeru, bukan? Jadi kalau daie tu sendiri belum cukup capaian rantai hubungannya dengan TuhanNya, mana mungkin dakwah itu akan berlaku dengan baik.

I would write more but I have to stop here.
Till then,

mumblyme
#roadtobecomeakhawat

Thursday, January 8, 2015

Tahun baru

Selamat tahun baru 2015.

Antara benda yang hilang pada diri aku sekarang ialah semangat untuk meletakkan matlamat dan resolusi setelah beberapa kali gagal mencapainya. Aku tidak lagi positif, apatah lagi untuk bersemangat untuk melakukan perubahan. Seringkali merasakan semua orang mempunyai perasaan seperti aku, tetapi rupa-rupanya tidak. Sangat ramai manusia yang mempu melakukan banyak kerja dalam satu masa. sangat ramai manusia yang bertarung dengan kesejukan di luar sana. Sangat ramai manusia yang masih menjaga solatnya, umpama sedang memegang pasu kaca, melakukannya dengan berhati-hati dan penuh cermat sekali. Sangat ramai manusia di luar sana berkejar-kejaran untuk berlari ke majlis ilmu. Sangat ramai manusia di luar sana berjaga malam, bermujahadah untuk menyelesaikan urusannya.

Sedang aku tidak. Merasa limitasi diri itu besar lalu menyerah kalah.

Lalu ku buka kembali lembaran planner yang ada. Ku isi satu persatu rancangan yang harus ku catat dalam menjalani lembah permusafiran hidup ini. Ya, aku harus ke hadapan.